Thursday, November 5, 2009

(",)

Assalamualaikum


Takde apa nak cerita kebelakangan ni. Benda yang saja juga hari-hari. Pergi kerja-balik kerja, weekend keluar, makan hati, layan mia, dll.


Tak lupa juga menghitung hari untuk pindah ke rumah baru. Banyak nah urusan dan dokumen itu-ini yang melambatkan proses penghijrahan kami. Sabar pun dah makin kurang ni, tapi nak wat camne.


Mia dah 2 tahun 5 bulan harini. Pandai dah nyanyi lagu doe a deer, a female deer........., cute sungguh. ABC da hafal, 1,2,3-15, r u sleeping brader john, ape lagi ek?!... mcm-mcm lagi lah.. tapi sumer nyer pelat lah..heheheh. Aktiviti dia yang terbaru tgk dvd upin-ipin, sumer dah kenal, abang lim lah, upin-ipinlah, kak ros lah, opah lah, opetlah..hehehe... pastu tiru "jumpa lagi yaaaaaa"... hihihihi.. bertuah betul! Sekarang rambut dia dah pendek, tapi malas nak upload gambar, kang pc aku hang..


Ok, kang aku ada cerita aku tulis lagi...tapi wat masa dan ketika ini, cerita sama je... Papai!

Thursday, August 27, 2009

Puasa 1

Hari ni baru mula puasa, insyaallah.


Pagi tadi sahur Nasi putih, Sambal Fishballs & Ayam Percik...sedap.





Ayam percik di taja oleh cik suzanna memandangkan dia dah gaji, hohohohoho..makan free. Minum air masak aje sebab sahur pun terlambat. Siap-siap minum ubat batuk, janganlah batuk teruk lagi, penat dada.


Kalau ikut sejarah sakit aku, kalau kena batuk memang sampai 2-3 bulan. Doktor kata batuk biasa, tapi dada aku sensitif. Jadi malam kena tido selimut tutup dada, kat opis kena pakai baju tebal sket pun untuk tutup dada. 10hb haritu aku kena sesak nafas dalam kereta, masa tu kat area mines. Terus hubby bawak gi A&E HUKM, merasalah naik kosi roda. Habis tangan, kaki & mulut semua kejang, risau kena strok. But alhamdulillah, pelan-pelan aku cuba bertenang & lama-lama boleh bernafas dengan normal & kejang pun makin lama makin surut. Doktor hantar gi wat x-ray paru-paru, tahu-tahulah sekarangkan tengah musim h1n1, takut juga. Alhamdulillah, doktor kata paru-paru nampak bersih & sihat, cuma dada yang dah penat & mengah sebab batuk tu yang dia jadi sesak nafas. Kan main panjang lagi doa aku, minta peluang pada Nya supaya sempat aku bertaubat...teruk ye manusia ni, bila dah kejung macam ni baru timbul rasa takut. Nauzubillah. Rupa-rupanya aku kena sakit "lain", bukan sakit moden. Dan alhamdulillah juga aku & sorang lagi kawan aku dah "terkena" tu sekarang makin sihat.


Oklah, semoga hari ini membawa sejuta kegembiraan pada diri kita, keluarga kita, kawan-kawan kita, pekerjaan kita dan hari kita, insyaallah.


Salam.

Wednesday, August 26, 2009

Mia 2 Tahun 2 Bulan

Haritu aku belikan mia buku "My Very First Animals Encyclopedia". Sangatlah berwarna-warni & menarik. Semalam baru bawa balik tunjuk kat dia. Maklumlah budak baru umur 2 tahun 2 bulan, buka je buku terus minta pen...nasib baik tak sempat dia conteng. Jadinya buku tu aku simpan jelah sampai dia umur 3 tahun...lmbt lagi tu.


Mia sekarang alhamdulillah makin gebu & makin notti. Kadang-kadang panggil aku mama, sayang..tapi selalunya dia panggil aku "along"! Abah dia pula kadang-kadang dia panggil "abang". Hehehehehe...notti betul! Mulut pun dah macam popkon meletup-letup, tak reti berenti. Kalau suruh dia ketuk pintu nnt dia ckp "mamaaaaa, pegi bangun ketuk pintu. Cepat!" Hihihihihi...sungguh kurang sopan itu budak. Ada lagi yang dia buat ragam

"sayang, jom masuk jom" bila dia ajak keluar dari bilik, tapi terbalik cakap masuk
"hey bangunlah, pegi mandi cepat!" bila aku sedap-sedap baring tgk tv
"along, bangun buat susu" bila sama-sama baring tp suruh aku wat kan dia susu
"maksuuuuu, tolaklah pintu ni..iisssshhh" bila nak suruh adik bongsu aku bukakkan pintu bilik
"aduuuhh sakitnya, ya Allah tolong, sakitnya..." bila dia jatuh/terantuk
"aduh sakitnya, padan muka" bila dia jatuh/terantuk

Macam-macam lagi lah, tiap2 hari ade je ayat baru yang keluar dari mulut dia, keletah sangat.

Nyanyi pun dah boleh, twinkle-twinkle little star, satu labah-labah, tanya sama pokok, 1-1 saya sayang ibu, papa ku pulang dari kota, abc.., one two three.., tom-tom bak,... ada yang bahasanya jelas, ada yang ikut bahasa dia sendiri...hehehehehe...

Rambut dah makin panjang. Atuk & abah dia geram je nak pendekkan, aku sayanglah...

Friday, August 7, 2009

Influenza A H1N1

Assalamualaikum.

Mula-mula sekali aku nak ucapkan TAKZIAH kepada pihak keluarga yang telah kehilangan orang tersayang akibat influenza A H1N1. Al-fatihah.

Hingga semalam kat buletin utama tv3, jumlah korban akibat virus ni dah cecah 14 orang...sangat-sangat menakutkan ek. Minggu ni aku sendiri pun dah mc 1.5 hari. Aku rasa badan aku panas & ada batuk sikit. Mula-mula aku pegi klinik swasta, doktor kata aku batuk & ada potensi nak kena asma, pastu aku tak demam cuma badan kurang air jadi aku sendiri rasa badan tu panas. Alhamdulillah. Pastu batuk tak hilang lagi, aku gi pulak klinik kerajaan kat bdr tun razak tu, sama gak doktor cakap...alhamdulillah. Semalam aku dah mula pakai "mask" (dah macam doktor jalanan je rupa aku...:p). Asal kuar je dari opis & dari rumah aku siap-siap pakai..memula tu memang ler lemas, berpeluh-peluh...tapi terpaksa.

Makcik-makcik yang dok melepak tunggu nombor kena panggil kat klinik kerajaan tu kan main lagi rancak borak. Aku pasang gak telinga. Makcik-makcik tu kata "ni semua balasan tuhan. kat mana tuhan turunkan penyakit kat situlah ada masalah"...wallahu'alam. Setiap ujian yang dia turunkan tu DIA adakan rahmat di sebaliknya. Mungkin juga macam makcik tu kata, "amaran ALLAH swt.", wallahu'alam.

Harapan aku semoga banyaklah masjid-masjid dan surau-surau buat sembahyang hajat berjemaah supaya ujian ALLAH swt. ini segera berakhir. Kalau takde pun kita buatlah sendiri-sendiri kat rumah. Dan pakailah mask kalau keluar dari rumah. Kita usaha mana yang termampu, yang lain-lain kita tawakal kepada ALLAH swt. Insyaallah, dengan izin NYA.

Tapi jangan pulak kita lupa diri lepas semuanya dah selamat!

Salam sayang dari aku & keluarga. Semoga kita semua selamat dunia & akhirat, insyaallah.

Salam.

Sunday, July 19, 2009

Hayy!

Salam!


Masa yang sangat suntuk untuk updet blog. Mia tido, hubby hitamkan paru-paru, cepat-cepat aku updet...sambil tengok pretty woman ni... aaaauuuuu... sungguh romentik.


Mia baru baik demam yang dah seminggu, aku sakit tekak. Dokter kata sebab cuaca, masih jerebu kan?! Semenjak mia demam susah nak dapat tido malam, hari-hari aku kena pasang mp4. Bila dengar lagu rancak, lansung tak bole tido..bila dengar lagu slow, emosi jadi sensitip.


Camera lom baik-baik lagi. Ok, pretty woman dah sampai part akhir ni...caucincau!


Jangan notti-notti okey!


Salam.

Tuesday, July 7, 2009

Hayy

Hayy! Salam semua.


Segarnya rasa pagi ni. Cuaca redup, bihun goreng sedap, internet laju, hubby hantar...nikmatnya, alhamdulillah. Sebelum-sebelum ni memang cuaca tak menentukan, kejap-kejap mendung ingat nak hujan, alih-alih panas sampei ke petang...garing kain kat ampai... :p.


Hari sabtu, awal-awal lagi dah kena serang megren. Mula-mula bekpas lambat, lepas tu ekon kete lak dah tak sejuk, cuaca panas...sabau...sabau... Isi gas ekon kat tmpt biasa hubby, manyak sejuk ooo...manyak gigil munya... hehehehe.. Pastu gi tengok Transformers, Revenge of the Fallen...yebab! Kalini punya aku suker, sangat suker. Ceritanya tak serius 100%, adalah benda-benda nak jadi modal gelak, hureiiii!!! Megren pun megren jugak, gelak harus! Mulanya nak gi tgk kat leisure mall tapi subhanallah, beratur nak tunggu masuk parking je dah bikin panas, tukar gi tgk kt metro kajang. Wah, dah naik taraf okey panggung kat situ. Dulu metrowealth, sekarang dah tukar pulak. Kellas okey dalamnya.


Hari ahad pulak sepatutnya kena gi kamdar nak beli kain raya. Tapiiiiiiiiiiiii...jengjengjeng... Kita hanya merancang :p. Bangun-bangun tido jek hubby dah rengek kaki kiri dia bengkak. Rupanya dokter kata hubby kena GOUT. Terkejut jugak, tapi dia redhalah. Tak kemanalah, lepak rumah mak aku je tgk astro sampai ke malam. Tengah malam baiiiiiik punya lelap mia bole terbelahak kuar air coklat sumer atas tilam...wallaweiiiii... Sian plak kat dia, tak sedap perut rupanya...


Semalam pulak aku amek hafdei, megren rock punya. Since hubby mc, so dia hntr aku gi keje, nasib baiklah kete oto, lega dia. Tak terus gi keje, hubby nyempang gi plaza lowyat. Semalam hubby ckp Hari Isteri, sebab dia kata terasa mcm nk manje-manjekan aku... kakakakakakakahhh (sila jangan loya :p.). So dia belikan aku Sony MP4 Player NWZ-E436F. Yay! Pstu baru hntr aku gi keje.


Malam hntr camera gi sevis kat tesco ampang. Tah kenapa tah asal amek gambar je mesti kuar banyak line putih. Ganggu betul! Mau tak mau dorg kena pegang sebulan nak cek pe nak sengal. Bosan nah takde camera, amek gambar guna enpon tak puas pulak. Iiissshhh..... Manusia ni eh mana penah puas...hehehehehe...

Tuesday, June 23, 2009

Hye Kawan

Hye kawan!


Semalam saya EL. Sebabnya kalau di pikir-pikirkan balik kelakar pulak. Semalam hubby "tertinggal" henbeg saya yang macam beg doremon tu kat kajang...1 benda takde dalam tangan saya. Sebelum tu saya memang berkira-kira nak amek MC sebab badan rasa dedar je, mulut ni hah tak habih-habih lagi ulser.


Sekarang kat luar tu gelap. Dah 2-3 hari macam ni. Tapi baguslah kan, jerebu pun makin nipis, harap2 udara baru nanti jadi udara yang sihat & segar. Yay!


Hari ahad lepas ikut hubby gi Mines, dia beli henpon baru tau. Sekarang dia jadi famili samsung pulak, dah bosan dengan nokia kata dia. Nokia lama dia campak kat saya je, jadilah... Heheh... Saya pulak dah lama nah tak pakai nokia ni, jadi meraban sket dgn fangsyennyer.


Baby D dah ada kat rumah mak, semalam saya sempat dukung dia. Eeeeiiiii... Geramnya nak ada baby. Rindu dengan bau baby, suara baby, tapi suara tengah melalak tak rindu pulak...jijijiji..


Eniwei, baru saya sorang je kat opis. Selalu pun macam tu. Paling awal pun ada yang datang dalam kol 7:45, itu pun bos...hehehe.. Ooopppssss... ok..ok.. memang bos dah datang... Jumpa nanti ye...papai!